Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi bagi negara ini amat jelas, justeru apabila dua status itu dimiliki maka
bahasa Melayu berada dalam kedudukan cukup tinggi iaitu sebagai bahasa negara.
Istilah bahasa rasmi bererti bahasa Melayu wajib digunakan
dalam sistem kenegaraan dan sebagai bahasa utama termasuk wajib digunakan dalam
sistem pendidikan, perundangan, komunikasi rasmi, naskhah yang sah adalah wajib
dalam bahasa Melayu dan sebagainya.
Kesimpulannya, usaha berterusan memartabatkan bahasa Melayu
bukan sahaja penting malahan amat kritikal dalam menyuburkan jati diri
warganegara yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh,
penulis berpandangan, jika perkara ini difahami maka tidak timbul lagi soal
segelintir pihak mempertikaikan langkah kerajaan tidak mengiktiraf Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukkan ke universiti awam memandangkan
bahasa Melayu dalam sijil itu tidak setara dengan kehendak kerajaan.
Ini mustahak kerana meletakkan bahasa Melayu di tempat
tinggi selayaknya adalah usaha ke arah untuk mencapai peranan bahasa itu yang
bukan sahaja sebagai alat berkomunikasi tetapi ia adalah alat pemangkin
kemajuan, perpaduan kaum, identiti nasional dan pembentukan negara.