-Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015
Pelajar kini perlu menguasai bahasa-bahasa yang dituturkan oleh bangsa yang maju di dunia bagi membolehkan mereka menguasai ilmu melalui pembacaan daripada buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa bangsa berkenaan mahupun melalui pertuturan dengan mereka.
Adalah tidak memadai sekiranya pelajar hanya mampu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda masing-masing kerana dengan kemajuan dunia, pelajar perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Cina, Arab, Tamil, Rusia, Jepun dan Korea. Ilmu agama boleh kita perdalami sekiranya kita menguasai bahasa Arab manakala ilmu mengenai teknologi moden masa kini turut terdapat dalam buku-buku yang ditulis melalui bahasa Jepun dan Korea.
Di samping itu, generasi masa kini perlu didedahkan cara menguasai cabaran semasa yang berlaku di sekeliling mereka.
No comments:
Post a Comment