"Hasil sulung pelaksanaan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini menyaksikan keputusan yang ‘mengejutkan’ dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.
Pada masa sama, kebanyakan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini."
-Keratan Berita Utusan (22 Disember 2014)
Para ibu bapa sudah mula memahami dan menerima baik
pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sejak peperiksaan berkenaan
diperkenalkan pada tahun lalu. Terdapat peningkatan berbanding keputusan tahun
lalu dalam pencapaian keseluruhan PT3 yang diumumkan.
Pelaksanaan PT3 tidak menggunakan sistem berpusat kerana
analisis dan penilaiannya dilakukan di peringkat sekolah.
Hal ini kerana pelaksanaan PT3 berbeza daripada peperiksaan
lain kerana tahap perkembangan para pelajar diukur berdasarkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang meliputi aspek akademik, kokurikulum dan disiplin
pelajar.
Beberapa negara maju telah melaksanakan sistem peperiksaan
berdasarkan PBS bermula di peringkat prasekolah dan pendidikan rendah bagi
membentuk kecemerlangan para pelajar berdasarkan bakat tersendiri. Kerajaan
melaksanakan PT3 bagi menjadikan para pelajar berdaya saing dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment